Tuesday, October 7, 2014

Destinasi selepas Dunia




segala Nikmat kehidupan yang dirasai,
kini tiba kepenghujung jalan,
setelah roh berpisah dari jasad, terkaku, tidak mampu untuk bergerak lagi,
begitulah penghujung hayat ini,

hanya ditemai oleh tanah, serta serangga yang meliputi alam kubur,
lalu datanglah malaikat untuk menjalankan tugasnya,
hanya mereka yang beriman dan beramal soleh sahaja yang mampu menjawab segala persoalan,
bagi keluarga yang dicintai,
tinggallah keseorangan di rumah,
tanpa teman yang berpuluh tahun hidup bersama,

tempat mengadu, tempat perbualan,
dan tempat yang menjadi bahu sandaran,
kini tiada lagi,

teringat akan kisah seorang hamba Allah yang telah kematian suaminya,
hanya mampu berserah, 
bercakap seorang diri, 
mengangap sang suami berada disisi menemai,
mendengar segala keluhan hati,
dia berkata, dan dia lah yang mendengar keluhan hatinya sendiri,

hidup keseorangan tanpa teman,
menjalankan kehidupan seharian bersendirian,
hanya doa sahaja yang akan menjadi pengubat rindu,
dan doa sahaja yang mampu menyelamatkan dia yang tersayang dari di azab,
sepertimana sabda nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud :
"Jika Mati Anak Adam, maka terputuslah segala amalan, kecuali tiga perkara:
1- doa anak yang soleh,
2-sedekah jariah
3-Ilmu yang bermanfaat

Setiap yang Benyawa pasti akan merasai kematian
Surah Al-Anbiya' Ayat 35. 

Semoga kematian kita adalah husnul Khatimah..

Ya Allah, Matikanlah Kami dalam Mati yang Husnul Khatimah, dan janganlah matikan kami dalam mati yang Su'ul Khatimah. 

Salam Pengarang 
L

Sunday, September 28, 2014

Anugerah Terindah

Setiap insan pasti merindukan saat-saat bahagia yang bakal menjadi memori terindah dalam hidup mereka. tidak kira apa sekalipun yang diharapkan, pasti mereka mahukan sesuatu natijah atau kesan yang mampu melakarkan senyuman manis di wajah mereka. Bagi diri ini, saat-saat terindah yang bakal melakar sejarah dalam buku world of record (catatan sendiri), adalah saat menantikan kelahiran insan tersayang. detik-detik penantian selama 9 bulan 9 hari.. bersamaan dengan 37 minggu berakhir dengan penuh kesyukuran dan kebahagian. apabila insan yang dinanti-nantikan ini telahpun lahir melihat 'Dunia' yang penuh dengan warna-warni. Dan tangan ini, adalah tangan yang bakal melakarkan sebuah lukisan yang penuh dengan warna di atas kain yang putih, dan sudah pastinya tangan ini mengharapkan sebuah lakaran yang indah dan penuh bermakna pada 'Dunia' ini. Menjadikan Lakaran 'yang terpuji', 'yang Memakmurkan' dan 'yang tegas dalam Hal Ehwal Agama Islam' begitulah Muhammad Ammar Faruq Bin Zulazlan. Anakandaku yang tercinta. dilahirkan seumpama sehelai kain yang putih yang bakal diwarnai dengan kebahagian berdasarkan makna nama yang diberi. Semoga Allah s.w.t memberikan taufiq dan hidayah kepadaku sekeluarga serta pertolongan dalam mencapai impian yang dinukilkan ini. Muhammad Ammar Faruq Zulazlan

Wednesday, September 10, 2014

bunga Disebalik Kaktus yang berduri tajam

Pernah suatu ketika kita merasa Down. dek kerana kepenatan, dan pelbagai dugaan yang dihadapi seharian. namun itu bukanlah satu musibah yang membawa kita ke jalan buntu. Jalan yang tanpa penyelesaian, solusi dan keputusan yang boleh diambil.

"Aku Mohon Seekor Rama-rama yang cantik, untukku tatapi dan menikmati kecantikannya, Namun Allah menghadiakan aku seekor larva yang kotor lagi hodoh, Aku Mohon pelangi yang indah, Namun Allah Kurniakan Hujan yang lebat meliputi sekalian alam, dan Aku Mohon Sekuntum Bunga yang memukau mata, Namun Allah Kurniakan Sepohon kaktus yang berduri tajam...."

"Namun Percayalah, disebalik seekor Larva yang kotor lagi hodoh itu, bakal melahirkan seekor Rama-rama yang cantik, Disebalik hujan yang lebat membasahi alam semesta itu, bakal melahirkan sebuah Pelangi yang indah.. dan disebalik sepohon kaktus yang berduri tajam itu, akan menumbuhkan sekuntum bunga yang indah..."

Sejak kecil aku sering mendengar pepatah 'Ada Hikmah disebalik kejadian'. begitulah yang dialami setiap insan. Bukan apa yang kita pohon itu akan dimakbulkan, bukan apa yang diharap-harapkan pasti berada di dalam genggaman. namun disebalik ujian yang diberikan oleh Allah s.w.t pasti ada sebab yang sememangnya Allah s.w.t mahu hambanya bangkit serta menguatkan semgat serta menambahkan iman mereka.

sebagai hamba Allah s.w.t kita hanya mampu berdoa, berusaha dan bertawakal kepada Allah.setelah berdoa, berusaha dan bertawakal.. perkara terakhir yang perlu kita buat ialah redha dan menerima setiap keputusan yang diberikan oleh Allah s.w.t. bukan kita yang menjadikan sesuatu, tapi kita yang merancang untuk menjadikan sesuatu perkara.  

Tuesday, September 9, 2014

The Beginning of the unfinished

Kepenatan dan keletihan sering diluahkan oleh insan-insan yang sememangnya merasai perkara berikut.
keletihan setelah seharian bekerja, mencari sesuap nasi untuk dihidangkan kepada mereka yang tersayang. mencari-cari apa yang dikejarkan selama ini. mengalami, merasai dan keperitan yang dirasai.
itulah yang dinamakan kehidupan. kehidupan dalam dunia yang pelbagai ragam dan kerenah. kehidupan yang kadang-kala memaksa manusia buntu dalam membuat keputusan.

that's the beginning of the unfinished. permulaan bagi perkara yang belum selesai. dek kerana terlalu sibuk dan penat dengan urusan seharian.kini aku mulakan kembali nukilan ini bagi tatapan, dan bukan hanya tatapan, tapi sekadar tempat untuk menukil kehidupan seharian.

May The Bless Of Allah Always be with me and my family.




                                                                                                                             The L

Tuesday, May 1, 2012

Ramah Mesra Bersama Masyarakat Orang Asli Kampung Peta


    Program Ramah Mesra bersama Masyarakat Orang Asli, kampung Peta satu program yang dijalankan dengan penuh aktiviti. beramah mesra dengan masyarakat orang asli dengan menanjurkan sukaneka dan beberapa aktiviti ilmiah kepada mereka dengan harapan dapat melahirkan sedikit rasa cinta kepada Islam.

   Program yang berjalan selama 3 hari 2 malam ini telah disertai seramai 43 orang pegawai dari Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Johor dengan aktiviti bersama masyarakat Orang Asli dan juga aktiviti lasak iaitu Jungle Tracking. 


    Perjalanan yang penuh liku-liku dan cabaran ditempuh bersama dalam mencapai kejayaan dalam aktiviti tersebut. penuh halangan dan dugaan, pabila para peserta di temani dengan makhluk hutan yang menjadikan darah sebagai rutin makanan harian. makhluk yang kadang-kala sukar dikesan, namun bila dikesan, agak kelakar, kerana melihat mereka menari-nari menantikan darah yang hendap disantap. 'Pacat' itulah makhluk hutan yang kehausan darah manusia yang menjadi penghuni baru di hutan tersebut.


                             Acara Sukaneka dijalankan bersama masyarakat orang asli kampung peta

                            Acara Sukaneka bersama anak-anak masyarakat orang asli di kampung peta


            Sempat juga bergambar di Upeh Guling Waterfall. satu pengalaman yang indah pabila dapat menenagkan fikiran dan merehatkan badan dari kesibukan kerja harian.


Antara Tips yang dapat dikongsikan bersama:-
- Pabila berdakwah dengan orang asli, jangan ada rasa takut dengan anjing, kerana anjing ini  
  dah jadi macam sahabat dengan orang asli, lau kite takot ngn anjing, nanti diorang akan pandang rendah  
  kat kite...
- Berdakwah dengan orang asli, kena dakwah bil hal. lau kite masuk2 kampung terus cerita pasal Islam,,
  belum tentu akan menjadi...
-Tips lain.. kalau masuk hutan yang penuh dengan pacat.. hahaha.. janga lupa bawak sabun dettol.. kerana  
  sabun dettol boleh melemahkan pacat. lau takde dettol, bleh gune tembakau. dan jangan spray badan kite
  dengan baygone or dettol awal2.. nant kulit akan kemerah-merahan..
- Kawasan Upeh Guling memang licin, so.. lau ke sana, jangan menggatal nak mandi kat kawasan 2.. :)

                                                           Salam Pengarang
                                                                         L
 

Monday, April 30, 2012

1st Time iN my Life


         tanggal 1 Mei, maka tercetuslah idea manusia untuk mencipta satu hari yang menjadi tanda penghargaan buat semua mereka-mereka yang keras mencari rezeki untuk hidangan sekeluarga.


        1st time in my life, mendapat penghargaan sebegini rupa, pabila penat bekerja sepanjang hari, akhirnya diberikan satu ruang untuk beristirehat bersama keluarga dan kawan-kawan. wah..!!!! such a nice day.. going to sleep for the whole day.. hahaha.... 


       walaupun bercuti untuk satu hari, dengan niat sebagai penghargaan buat semua warga kerja, namun masih ada lagi tugasan atau pekerjaan yang perlu dilakukan pada hari ini. Dengan tugasan rumah, mengemas, mengemas dan mengemas.. hahaha.. tu je yang aku wat... huhu...


     Sedang kita berehat pada hari ini, namun masih ada lagi yang sedang sibuk bertungkus lumus menyempurnakan tugasan harian atau pekerjaan atau dengan erti kata lain.... ' Kene Kejer Der??... hahahaha.... hopefully they will work with full of pure heart.. :) takpe... gaji triple beb..... 


for all workers in the world... HAPPY LABOR DAY... or in Malay, 'Selamat Hari Pekerja'.... have a Nice Holiday... :)


                                         Salam Pengarang
                                                   L

Monday, February 13, 2012

Kini Ku Rasai Sendiri...

       Bila tiba masanya, Air yang mengalir deras pasti juga akan mengalir dengan tenang. daun-daun yang melambai-lambai, pasti akan kembali tenang untuk seketika. begitulah lumrah kehidupan, sering kali mengalami perubahan, samada disengajakan mahupun tidak.

        Jam menunjukkan pukul 7.30 Malam, ibuku setia menanti kepulangan suami tercinta. Masakan sudah sedia terhidang dengan pelbagai jenis lauk pauk, yang dimasak dengan penuh kasih sayang untuk Suami tercinta dan anak-anak yang dikasihi. Namun ketika itu, Suami yang dirindui masih lagi belum kelihatan, seakan-akan masih jauh lagi berjalanan pulang ke rumah. Di dalam sudut hati kecil mendoakan, semoga dia kembali ke rumah dengan selamat.

        Deruan enjin Proton Wira kedengaran, menandakan kepulangan suami tercinta. Ibu kelihatan gembira dengan kepulangan suaminya yang tercinta. Wajah ayahanda ku yang disayangi, kelihatan agak lesu dan tidak bermaya, seakan-akan sebuah gunung yang terpikul di bahunya. Jelas kelihatan, betapa penatnya ayahanda ku, dek kerana mencari sesuap nasi, utk dihidangkan kepada seisi keluarga. Aku kelihatan tidak mengerti akan reaksi wajah ayahandaku yang dalam kepenatan, lantasku meminta kepadanya permainan 'Tora' yang menjadi kegemaran pada ketika itu. Dihulurkan permainan tersebut dan bergembiralah aku pada ketika itu.

     Selang beberapa tahun, setelah aku meninggalkan zaman persekolahan, dan disambung dengan alam mahasiswa yang penuh dengan cabaran. kini aku bergelar sebagai pekerja. Pekerja yang berbakti untuk membangunkan negara, dari aspek kerohanian penduduk negara malaysia secara umumnya dan penduduk negeri johor khususnya. Ke sana sini aku berjalan, mencari sesuap nasi yang halal untuk keluarga tercinta, walaupun masih lagi 'single' tanpa Isteri tersayang.

      Jam menunjukkan pukul 8.00 Malam, aku masih lagi belum tiba di rumah, perubahan zaman banyak membantu dalam komunikasi manusia. Deringan telefon berbunyi, 'Mak Aku' menelefon bertanyakan bilakah aku akan pulang ke rumah.

      Setibanya di rumah, badan yang dikurniakan Allah dengan penuh kekuatan dan tenaga seakan-akan pudar dan menghilang, tiada apa yang dibayangkan kecuali sebuah bantal yang empuk dan enak dipeluk.

        Sedang enak melayan keindahan bantal yang empuk, melayang menjauh fikiran ku, memasuki alam muhasabah, " Alangkah penatnya mencari rezeki" beginilah perasaan ayahandaku pada satu ketika dulu, berpenat lelah mencari rezeki, untuk diberikan kepada anak-anak, dengan sepenuh harapan anak-anak dapat membela nasib kedua orang tua nya kelak.

     "Ya Rahman Ya Rahim.. Kau ampunilah segala Dosa kedua ibu bapaku, tempatkan lah mereka bersama orang-orang yang beriman, dan jadikanlah syurga sebagai tempat bagi mereka dikelak tanpa perlu menyinggah di Neraka"

                                                                              Salam Pengarang,
                                                                                                    L