Wednesday, March 16, 2011

Being a teacher???

     I used to be influenced by some thought, being a teacher such a boring job. teaching students those who refuse to hear what are you said. at the end, scolded by headmaster because the students failed the examination. its it true?? judge it by yourself.

     hahaha..sekali speaking da..!!! ehem2... now, I'm going to speak english and arabic in my blog, (cm dlm kuliah la plak) huhu.... 

    Aku seorang guru? mengajar bahas arab? kelas tusyen di rumah? wth..... hahaha....but that's me.. people said, being a teacher such a boring job.. nonsense.. bile jadi cikgu, anak murid kite akan nakal as we were at previous school. its it true? i hope so. haha.. so i'll know how much suffer my teacher had when they try to teach me. main kejar-kejar ngn cikgu, sebab tak masuk kelas (that's my frends, not me), sembunyi dalam toilet coz tknak masuk kelas, and so on.. and my students will do like that. mybe worse than that. hahahaha... 

    walau apepun pemikiran insan, ia tetap satu tanggapan, bukannya satu kepastian, kalau dah suke, why not continue your journey. just ignore what people said, be yourself. 

     whatever it is, i wanna be a teacher, such a nice job.. try it, and you will know the truth.
       

Sunday, March 13, 2011

ZuhuD Pada Dunia

     Andai ada pisau untuk membelah, akanku belah buah tembikai untuk di makan, agar hilang rasa mengantuk dek kerana syaitan yang bergayut untuk melalaikan aku dari mendengar tazkirah.

    Rutin mingguanku diteruskan lagi, dengan himpunan mingguan, untuk sama-sama meiramakan ayat-ayat suci al-quran dengan pelbagai lagu bagi memohon keberkatan di pagi Jumaat. tenang dan syahdu, ada yang terlena dengan buaian dan terpesona dengan irama yang pelbagai. Selesainya bacaan ayat-ayat suci al-quran, hatiku yang serba kegelapan, di curahi dengan tazkirah mingguan yang disampaikan oleh seorang ustaz yang tidak aku kenali namanya.

    Menceritakan tentang erti sebuah Zuhud, pelaksanaan dan pelbagai jenis zuhud yang disampaikan kepada kami, semoga ia menjadi satu ilmu yang dapat dikongsikan bersama. meninggalkan apa yang tidak bermanfaat untuk kehidupan di Akhirat adalah pengertian bagi zuhud, dan yang menarik perhatianku ialah, zuhud pada dunia, dan zuhud pada dunia ada 7;

1- Zuhud pada makanan: manusia perlukan makanan utk terus hidup, makanan merupakan keperluan asas dalam kehidupan seharian. namun, jika berlebihan sehingga terjadinya pembaziran dan sering kali berbelanja dengan boros ia menjadi satu perkara yang dilarang dalam islam. makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang, menjadi sunnah nabi dan ikutan kita untuk sepanjang hayat. 'Makan Untuk Hidup, bukan Hidup Untuk Makan'

2-Zuhud pada Pakaian: Pakaian yang disulam dengan intan berlian, yang bernilai puluhan ribu ringgit, dipakai untuk ke Pasar Malam?? tk sesuai..... memang ngarut, cukuplah sekadar memakai pakaian yang murah atau istilah zaman sekarang bundle untuk dipakai ke pasar malam. pakai baju adik?? komfem2 tak zuhud.. aurat yang wajibpun tak ditutp, ni nak berzuhud??

Katakanlah kepada wanita yang beriman : Hendaklah mereka menahan pandangan mereka   dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanya… (al-Nuur : 31)

wajib menutup aurat sebagaimana yang telah digariskan dalam pengajaran islam, lelaki dari pusat hingga ke lutut, wanita seluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan. wajib ke pakai stokin bagi wanita? kalau tak pakai stokin dh bleh tutp aurat, kenapa nak pakai pulak? ingatlah wahai saudaraku, dimanakah aurat kamu semua.

3-Zuhud pada Tempat Tinggal: hm.....kalaulah aku ade rumah sebesar masjid Putrajaya, akanku main golek-golek dari pintu masuk hingga ke pintu dapur...??ah!! ngarutlah.. dapat rumah besar just nak main golek2..  mnusia...kadang2 ade rumah besar, tapi rase sunyi, sebab takde teman, takde kebahagian. 2 yg die main golek2 jer.. huhu.. (cam lari topik jer..) cukuplah sekadar ada rumah yang mampu menjadi tempat berteduh, dan dapat membuatkan kita sekeluarga rasa selesa dan bersyukur dengan nikmat seadaanya. tak perlulah memiliki rumah yang sebesar istana, tetapi tiada kebahagian, hatinya kosong. 'bukannya saiz rumah menjadi pandangan ALLAH, tetapi saiz ketaqwaan kita kepadanya'..

next...will be updated soon... :)

Tuesday, March 1, 2011

Dunia yg AgaK mEmbosanKan...


    Kalaulah aku boleh melentokkan kepalaku dimeja seperti gambar ini. Sudah tentu aku akan tertido lena hingga ke waktu rehat, dan silap ari bulan sehingga ke petang. wth.....

Di suatu pagi yang indah dan damai, maka terciptalah satu dialog antara seorang pelajar praktikal dengan pegawainya :

L: askm, nie saya nak bagi punch card  saya untuk bulan lepas.
??: wslm, em..mane2 yg tk hadir 2 dh isi keterangan belum?
L: dh isi dah.. semua saya dah isi. em.. de pape keje utk saya tak?
??: keje? bnyk nie.. saya pn tak tau nak bg keje ape kat awak.. tkpela, awk ddk dlu, awk rehat dlu. nnt sy bg kje kt awk k.
L: ok.

Beberapa ketika, sedang aku membaca surat khabar, dek kerana teramat bosan. tiba-tiba......
??: nie tkde keje nak buat ker? duduk bace surtkhbar, main hp je.. cube tolng kwan awk buat keje ker..
L: sy nk tolng diorng, tp diorang kate nk wat sndri.. lgpn nk rekod data 2, dlm satu fail jer..
??: ish.. awk nie.. dudk je.. cubelah cari keje skt..

diepun berlalu dan terus menyepi...
L: wth......


Inilah dunia praktikalku.... agak bosan... huh..

Apa yg HamPir Dan Apa yg Jauh?

1. Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia? 
2. Apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia?
3. Apakah yang paling besar di dunia?
4. Apakah yang paling berat di dunia?
5. Apakah yang paling ringan di dunia?
6. Apakah yang paling tajam di dunia?
   Pada suatu hari Imam Ghazali berkumpul bersama-sama dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya beberapa soalan:
PERTAMA : beliau bertanya apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :"Orang tua, guru, kawan dan sahabat". Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberikan adalah benar tetapi jawapan yang paling tepat sekali bagi soalan ini ialah ‘mati’.
"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. dan Sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, Maka sungguh ia Telah beruntung. kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan."
                                                                                                                                    (ALIMRAN: 185)
KEDUA : beliau bertanya apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :" negara China, bulan, matahari dan bintang". Lalu Imam Ghazali menegaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah betul tetapi yang paling betul ialah ‘masa lalu’. Walau dengan apa cara sekali pun kita tidak akan dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita mesti menjaga hari ini dan hari mendatang dengan amalan soleh agar kita tidak sesal di kemudian hari nanti.
KETIGA : beliau bertanya tentang apakah yang paling besar di dunia ini lalu muridnya menjawab: " Gunung, bumi, matahari". Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah tepat tetapi yang paling tepat ialah ‘nafsu’. Maka kita mesti berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu mengheret kita ke neraka jahanam.
"Dan Sesungguhnya kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. mereka Itulah orang-orang yang lalai."
                                                                                        (AL-A’RAF:179)
KEEMPAT : beliau bertanya tentang apakah yang paling berat di dunia lalu muridnya menjawab :" besi, gajah". Imam Ghazali mengatakan bahawa semua jawapan adalah benar tetapi yang paling benar ialah ‘menanggung amanah’. Segala tumbuhan, binatang, gunung ganang tidak sanggup memikul amanah tetapi manusia sanggup memikulnya ketika Allah meminta untuk memikul amanah khalifah di bumi. Manusia ramai yang rosak dan binasa kerana tidak mampu memikul amanah dengan baik akibat kecuaian dan kedegilan mereka dalam mengikut lunas yang telah ditetapkan oleh syarak.
KELIMA : beliau menyoal tentang apakah yang paling ringan di dunia lalu muridnya menjawab :" Kapas, angin, debu dan awan". Imam Ghazali menyatakan bahawa semua jawapan yang diberi adalah benar tetapi yang paling benar ialah ‘meninggalkan sembahyang’ kerana manusia sering mempermudah dan meringankan sembahyang disebabkan terlalu mementingkan urusan dunia.
KEENAM : beliau bertanya tentang apakah yang paling tajam di dunia lalu muridnya menjawab:”Pedang". Imam Ghazali mengatakan bahawa jawapan itu adalah betul tetapi yang paling betul ialah ‘lidah manusia’ di mana disebabkan lidah maka manusia suka menyakiti dan melukai perasaan orang lain sehingga berlakunya perbalahan dan perpecahan.

Dunia TnPa HeLang



Disudut celahan jendela, aku merenung keudara. melihat keindahan alam ciptaan ALLAH, merasai kenikmatan dunia. Awan yang biru mejernihkan pemandanganku, menjauhkan daya imaginasiku, melihat dunia dengan kenikmtan. Terlihat aku akan beberapa ekor burung, girang gembira burung itu, berterbangan kesana sini, berkejaran sesama sendiri, merentasi pukulan deru angin, mngharungi celahan dahan. tenang jiwaku melihat ciptaan ALLAH.

  kenikmatan yang ku alami, hanyalah seketika, apabila hadir seekor helang yang gagah lagi perkasa, mempamirkan kuku yang tajam, setajam pedang yang diasah, segera ia menerkam seekor burung pipit yang sedang girang berterbangan dan bekejaran sesama sendiri. bertaburanlah pipit-pipit yang lain, melarikan diri, menyorok, menyembunyikan diri agar tidak diserang oleh si Helang yang kelaparan. 

   Ia tidak punya akal, Ia tidak sepandai manusia, tapi ia punyai hati dan perasaan. Ia memerlukan makanan, untuk meneruskan kehidupan. Helang menerkam pipit, merupakan suatu lumrah di dalam kehidupan haiwan.
Tetapi, jika Manusia menerkam Manusia??? apakah itu??
  Imaginasiku bermula apabila melihatkan gaya si helang yang terus meratah mangsanya. Dengan kuku yang setajam pedang, terus melapah kulit si pipit, mencari-cari isi daging yang enak dimakan. Maka terkeluarlah semua isi-isi tubuh yang terselindung, terzahirlah jantung dan hati si pipit itu, apabila dikorek dek si helang, rezeki didepan mata, tanpa membuang waktu, si helang terus meratah isi daging si pipit dengan rakusnya.
Ianya seakan-akan……
   Sebuah kereta kebal datang menghancurkan bangunan, datang pula sebuah jet pejung menjatuhkan bom-bom untuk menghancurkan binaan serta manusia di bawahnya. terdengar tangisan si ibu, melihat anaknya yang hancur dimamah bom, yang hilang nyawanya diratah peluru-peluru. Kehidupan yang penuh sengsara, kehidupan yang dipenuhi tangisan kedukaan, tiada siapapun yang mempedulikkannya. sesekali terlihat serpihan tubuh, tubuh yang kehilangan lengan dan kaki…kejam!!!kejam!!!!
Apa itu kedamaian?? semua inginkan kedamaian, semua mahukan kebebasan, tetapi, jika ‘kepala’ kehancuharan hanya mahukan keganasan dan kehancuran, tiada erti kedamaian yang dilaungkan, tiada erti burung merpati putih dilepaskan, tiada erti lauangan lagu kedamaian. dunia hampir rosak, dunia hampir kehujungnya..menanti ketibaan tiupan sangkakala..
DUNIA TANPA HELANG!!!! suatu ungkapan yang mustahil, sifat yang dianugerahkan terbentuk pelbagai, bukannya satu sahaja sifat yang wujud di dalam diri manusia, tetapi akal???? kehancuran yang terlahir di akalnya…maka…balasan kehancuranla yang bakal diterima kelak!!!

Monday, January 24, 2011

Satu Permulaan

Setiap yang wujud dimuka bumi ini, pastinya bermula dengan satu kelahiran, dan akan berakhir dengan kematian.. Benarlah firmnan allah s.wt. setiap yang bernyawa, pasti akan merasai kematian (21:35).

Semoga setiap benih yang ditanam, akan bercambah dengan subur dan menghiasi kehidupan di alam yang kekal yang penuh dengan kenikmatan berpanjangan.

Dunia.. sedaya upaya menceritakan persekitran alam, yang dapat diluahkan melalui pena, agar sama2 kita menjadikannya satu pengajaran..
semoga ia menjadi panduan dan wadah berinteraksi secara aman dan harmoni..

                                                                                        salam pengarang
                                                                                         the L