Monday, February 13, 2012

Kini Ku Rasai Sendiri...

       Bila tiba masanya, Air yang mengalir deras pasti juga akan mengalir dengan tenang. daun-daun yang melambai-lambai, pasti akan kembali tenang untuk seketika. begitulah lumrah kehidupan, sering kali mengalami perubahan, samada disengajakan mahupun tidak.

        Jam menunjukkan pukul 7.30 Malam, ibuku setia menanti kepulangan suami tercinta. Masakan sudah sedia terhidang dengan pelbagai jenis lauk pauk, yang dimasak dengan penuh kasih sayang untuk Suami tercinta dan anak-anak yang dikasihi. Namun ketika itu, Suami yang dirindui masih lagi belum kelihatan, seakan-akan masih jauh lagi berjalanan pulang ke rumah. Di dalam sudut hati kecil mendoakan, semoga dia kembali ke rumah dengan selamat.

        Deruan enjin Proton Wira kedengaran, menandakan kepulangan suami tercinta. Ibu kelihatan gembira dengan kepulangan suaminya yang tercinta. Wajah ayahanda ku yang disayangi, kelihatan agak lesu dan tidak bermaya, seakan-akan sebuah gunung yang terpikul di bahunya. Jelas kelihatan, betapa penatnya ayahanda ku, dek kerana mencari sesuap nasi, utk dihidangkan kepada seisi keluarga. Aku kelihatan tidak mengerti akan reaksi wajah ayahandaku yang dalam kepenatan, lantasku meminta kepadanya permainan 'Tora' yang menjadi kegemaran pada ketika itu. Dihulurkan permainan tersebut dan bergembiralah aku pada ketika itu.

     Selang beberapa tahun, setelah aku meninggalkan zaman persekolahan, dan disambung dengan alam mahasiswa yang penuh dengan cabaran. kini aku bergelar sebagai pekerja. Pekerja yang berbakti untuk membangunkan negara, dari aspek kerohanian penduduk negara malaysia secara umumnya dan penduduk negeri johor khususnya. Ke sana sini aku berjalan, mencari sesuap nasi yang halal untuk keluarga tercinta, walaupun masih lagi 'single' tanpa Isteri tersayang.

      Jam menunjukkan pukul 8.00 Malam, aku masih lagi belum tiba di rumah, perubahan zaman banyak membantu dalam komunikasi manusia. Deringan telefon berbunyi, 'Mak Aku' menelefon bertanyakan bilakah aku akan pulang ke rumah.

      Setibanya di rumah, badan yang dikurniakan Allah dengan penuh kekuatan dan tenaga seakan-akan pudar dan menghilang, tiada apa yang dibayangkan kecuali sebuah bantal yang empuk dan enak dipeluk.

        Sedang enak melayan keindahan bantal yang empuk, melayang menjauh fikiran ku, memasuki alam muhasabah, " Alangkah penatnya mencari rezeki" beginilah perasaan ayahandaku pada satu ketika dulu, berpenat lelah mencari rezeki, untuk diberikan kepada anak-anak, dengan sepenuh harapan anak-anak dapat membela nasib kedua orang tua nya kelak.

     "Ya Rahman Ya Rahim.. Kau ampunilah segala Dosa kedua ibu bapaku, tempatkan lah mereka bersama orang-orang yang beriman, dan jadikanlah syurga sebagai tempat bagi mereka dikelak tanpa perlu menyinggah di Neraka"

                                                                              Salam Pengarang,
                                                                                                    L
   

No comments:

Post a Comment