Sunday, September 28, 2014

Anugerah Terindah

Setiap insan pasti merindukan saat-saat bahagia yang bakal menjadi memori terindah dalam hidup mereka. tidak kira apa sekalipun yang diharapkan, pasti mereka mahukan sesuatu natijah atau kesan yang mampu melakarkan senyuman manis di wajah mereka. Bagi diri ini, saat-saat terindah yang bakal melakar sejarah dalam buku world of record (catatan sendiri), adalah saat menantikan kelahiran insan tersayang. detik-detik penantian selama 9 bulan 9 hari.. bersamaan dengan 37 minggu berakhir dengan penuh kesyukuran dan kebahagian. apabila insan yang dinanti-nantikan ini telahpun lahir melihat 'Dunia' yang penuh dengan warna-warni. Dan tangan ini, adalah tangan yang bakal melakarkan sebuah lukisan yang penuh dengan warna di atas kain yang putih, dan sudah pastinya tangan ini mengharapkan sebuah lakaran yang indah dan penuh bermakna pada 'Dunia' ini. Menjadikan Lakaran 'yang terpuji', 'yang Memakmurkan' dan 'yang tegas dalam Hal Ehwal Agama Islam' begitulah Muhammad Ammar Faruq Bin Zulazlan. Anakandaku yang tercinta. dilahirkan seumpama sehelai kain yang putih yang bakal diwarnai dengan kebahagian berdasarkan makna nama yang diberi. Semoga Allah s.w.t memberikan taufiq dan hidayah kepadaku sekeluarga serta pertolongan dalam mencapai impian yang dinukilkan ini. Muhammad Ammar Faruq Zulazlan

Wednesday, September 10, 2014

bunga Disebalik Kaktus yang berduri tajam

Pernah suatu ketika kita merasa Down. dek kerana kepenatan, dan pelbagai dugaan yang dihadapi seharian. namun itu bukanlah satu musibah yang membawa kita ke jalan buntu. Jalan yang tanpa penyelesaian, solusi dan keputusan yang boleh diambil.

"Aku Mohon Seekor Rama-rama yang cantik, untukku tatapi dan menikmati kecantikannya, Namun Allah menghadiakan aku seekor larva yang kotor lagi hodoh, Aku Mohon pelangi yang indah, Namun Allah Kurniakan Hujan yang lebat meliputi sekalian alam, dan Aku Mohon Sekuntum Bunga yang memukau mata, Namun Allah Kurniakan Sepohon kaktus yang berduri tajam...."

"Namun Percayalah, disebalik seekor Larva yang kotor lagi hodoh itu, bakal melahirkan seekor Rama-rama yang cantik, Disebalik hujan yang lebat membasahi alam semesta itu, bakal melahirkan sebuah Pelangi yang indah.. dan disebalik sepohon kaktus yang berduri tajam itu, akan menumbuhkan sekuntum bunga yang indah..."

Sejak kecil aku sering mendengar pepatah 'Ada Hikmah disebalik kejadian'. begitulah yang dialami setiap insan. Bukan apa yang kita pohon itu akan dimakbulkan, bukan apa yang diharap-harapkan pasti berada di dalam genggaman. namun disebalik ujian yang diberikan oleh Allah s.w.t pasti ada sebab yang sememangnya Allah s.w.t mahu hambanya bangkit serta menguatkan semgat serta menambahkan iman mereka.

sebagai hamba Allah s.w.t kita hanya mampu berdoa, berusaha dan bertawakal kepada Allah.setelah berdoa, berusaha dan bertawakal.. perkara terakhir yang perlu kita buat ialah redha dan menerima setiap keputusan yang diberikan oleh Allah s.w.t. bukan kita yang menjadikan sesuatu, tapi kita yang merancang untuk menjadikan sesuatu perkara.  

Tuesday, September 9, 2014

The Beginning of the unfinished

Kepenatan dan keletihan sering diluahkan oleh insan-insan yang sememangnya merasai perkara berikut.
keletihan setelah seharian bekerja, mencari sesuap nasi untuk dihidangkan kepada mereka yang tersayang. mencari-cari apa yang dikejarkan selama ini. mengalami, merasai dan keperitan yang dirasai.
itulah yang dinamakan kehidupan. kehidupan dalam dunia yang pelbagai ragam dan kerenah. kehidupan yang kadang-kala memaksa manusia buntu dalam membuat keputusan.

that's the beginning of the unfinished. permulaan bagi perkara yang belum selesai. dek kerana terlalu sibuk dan penat dengan urusan seharian.kini aku mulakan kembali nukilan ini bagi tatapan, dan bukan hanya tatapan, tapi sekadar tempat untuk menukil kehidupan seharian.

May The Bless Of Allah Always be with me and my family.




                                                                                                                             The L