Andai ada pisau untuk membelah, akanku belah buah tembikai untuk di makan, agar hilang rasa mengantuk dek kerana syaitan yang bergayut untuk melalaikan aku dari mendengar tazkirah.
Rutin mingguanku diteruskan lagi, dengan himpunan mingguan, untuk sama-sama meiramakan ayat-ayat suci al-quran dengan pelbagai lagu bagi memohon keberkatan di pagi Jumaat. tenang dan syahdu, ada yang terlena dengan buaian dan terpesona dengan irama yang pelbagai. Selesainya bacaan ayat-ayat suci al-quran, hatiku yang serba kegelapan, di curahi dengan tazkirah mingguan yang disampaikan oleh seorang ustaz yang tidak aku kenali namanya.
Menceritakan tentang erti sebuah Zuhud, pelaksanaan dan pelbagai jenis zuhud yang disampaikan kepada kami, semoga ia menjadi satu ilmu yang dapat dikongsikan bersama. meninggalkan apa yang tidak bermanfaat untuk kehidupan di Akhirat adalah pengertian bagi zuhud, dan yang menarik perhatianku ialah, zuhud pada dunia, dan zuhud pada dunia ada 7;
1- Zuhud pada makanan: manusia perlukan makanan utk terus hidup, makanan merupakan keperluan asas dalam kehidupan seharian. namun, jika berlebihan sehingga terjadinya pembaziran dan sering kali berbelanja dengan boros ia menjadi satu perkara yang dilarang dalam islam. makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang, menjadi sunnah nabi dan ikutan kita untuk sepanjang hayat. 'Makan Untuk Hidup, bukan Hidup Untuk Makan'
2-Zuhud pada Pakaian: Pakaian yang disulam dengan intan berlian, yang bernilai puluhan ribu ringgit, dipakai untuk ke Pasar Malam?? tk sesuai..... memang ngarut, cukuplah sekadar memakai pakaian yang murah atau istilah zaman sekarang bundle untuk dipakai ke pasar malam. pakai baju adik?? komfem2 tak zuhud.. aurat yang wajibpun tak ditutp, ni nak berzuhud??
Katakanlah kepada wanita yang beriman : Hendaklah mereka menahan pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanya… (al-Nuur : 31)
wajib menutup aurat sebagaimana yang telah digariskan dalam pengajaran islam, lelaki dari pusat hingga ke lutut, wanita seluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan. wajib ke pakai stokin bagi wanita? kalau tak pakai stokin dh bleh tutp aurat, kenapa nak pakai pulak? ingatlah wahai saudaraku, dimanakah aurat kamu semua.
3-Zuhud pada Tempat Tinggal: hm.....kalaulah aku ade rumah sebesar masjid Putrajaya, akanku main golek-golek dari pintu masuk hingga ke pintu dapur...??ah!! ngarutlah.. dapat rumah besar just nak main golek2.. mnusia...kadang2 ade rumah besar, tapi rase sunyi, sebab takde teman, takde kebahagian. 2 yg die main golek2 jer.. huhu.. (cam lari topik jer..) cukuplah sekadar ada rumah yang mampu menjadi tempat berteduh, dan dapat membuatkan kita sekeluarga rasa selesa dan bersyukur dengan nikmat seadaanya. tak perlulah memiliki rumah yang sebesar istana, tetapi tiada kebahagian, hatinya kosong. 'bukannya saiz rumah menjadi pandangan ALLAH, tetapi saiz ketaqwaan kita kepadanya'..
next...will be updated soon... :)
zuhud...:)
ReplyDelete